Followers

Makan-makan at my home !~ ;-)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

pekaba sume ?? sehat ??
okay arini ak nk cite cket.. malam smalam mak aku adakan makan makan cket..
nak tau sbb per ?? 
sbb,, rmi sangat nk tgk our new born niece ( for me and siblings ) / grandchild (for my parents )
who is it ??? he is Muhammad Al-Annas nk tgk gmbr ??
jap eh ...


ni kakak ak ,, ak and Annas..

and second is,,, bub kakak ak dari ostolia balek cni... 
nk tau spe ?? name dy Sakinah..
gambar ??
jap eh...


ha,, dy yg pki baju,, pink tudung biru tuh !

rmi giler yg dtg,,
after tu,, ayah ak bli durian and manggis.. apelagi ?? balon arr,..
ni gmbr dy,,



along ak yg sgt poyo...




ni kakak akposing sblh mama yg sdg mengopek durian..


dan ini,, adelah makanan lebihan.. bnykkan ?? tp banyak basi...
sangat sedey..


ini juga..

so,,,
itulah kejadian pada hari smalam.. haha
 okay papai...
wasallam.,,

sekian,





Tanda- tanda Kiamat,,,



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kepade Umat Islam , sila baca nie :)

masih ingat kiamat 2012?
emm JGN percaya dlu,
... akan tetapi...
Kiamat menurut Agama Islam,,,

- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Keturunan Hazrat Isa (AS)
- Kemunculan Yajooj n Majooj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
- Pemusnahan Kabah,
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari surgaKu"

The Advantage of Al-Mathurat


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

so,, skarang ni aku nk share kat korang kelebihan membaca Mathurat,,, 
ak yakin mesti ramai budak asrama yang hafaz + bace Mathurat ni kan ?? asrama ak pon camtu...
and now,, ak nk share kat korang kelebihan membacanya yg ak pon xtau sgt before ni...

we start from....

  1. Tidak dihampiri syaitan
  2. Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara uang tidak diingini
  3. Orang yang membacanya, kemudian mati pada hari atau malam tersebut dijamin syurga
  4. Selamat dari segala sesuatu
  5. Allah menyempurnakan nikmat ke atas orang yang membacanya
  6. Allah berhak meredhainya
  7. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat kepadanya
  8. Terhindar daripada syirik
  9. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk beracun
  10. Dimudahkan menyelesaikan hutang-piutang
  11. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat
  12. Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi akan dipelihara sehingga ke petang. Sesiapa yang membacanya pada waktu petang akan dipelihara sehingga ke petang
  13. Mengamalkannya seperti mengamalkan Rasulullah S.A.W dari sudut berzikir, berdoa, dan berbagai lagi kelebihan


semoga kite dapat mengamalkanyya selepas membaca artikel ini.,,,
INSYAALLAH !!
sekian.,,
from me,,,


kAmpuNg...

hye ~ 
ak baru je balik dari kampung.... best memang best sbb ye lah kampung kan... rmi sedara mara...
so... kampung ak kat penang kat tasek gelugor,.. kat sana,, pagi sejuk.. tengah hari smpi petang pergh !!! 
panasnye mmg arr... tp mlm wktu nk tido tu sjk lah cket ! 
smpi pakngah ak kte camni,,, " kak KL 30 darjah celcius kat sini 40 darjah celcius"..
hahahah dahlah cara dy ckp lawak bub.. nme pon orang penang.. pulak tu yang dah berumur...
memang loghat dy sgt pekat lah kan ??
but actually,, before ni sejuk tau kat kmpg ak tu ! maybe blakang umah tok ak tu ade hutan (hutan yg x seberapa) kot...
and now,,, 'hutan' tu dah xde.... and diganti ngan ladang nenas...
but....
boring gak dok sne bub x dpt online,,, x dpt update blog... hahahhah
tp xpe... bknnyer slalu pon balek kmpung kan ?
so,,,, ak pon sibuk-sibukkanlah cket diri ni ! hehe
okayh,,,
tu jer kot dari ak !!! 
PAPAI
from me,,,,

Adakah Purdah Dipakai Hanya Semata-mata Kerana Fesyen ??

Entri kali ini penulis berasa terpanggil untuk membicarakan perkara yang berkaitan serba sedikit mengenai purdah / niqab / penutup muka dan sebagainya yang kini kian menjadi tarikan terhadap para wanita untuk mengamalkannya.

Sebelum meneruskan apa jua pandangan dan kritikan, ingin sekali penulis ketengahkan ayat-ayat Al-Quran sebagai pemula bicara. Moga hati-hati yang membacanya dapat menela'ah apa yang tersirat pada setiap tafsiran ayat ini.
"Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah al-Ahzab ayat 59)
Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu berkata,

"Allah memerintahkan kepada isteri-isteri kaum mukminin, jika mereka keluar rumah kerana suatu keperluan, hendaklah mereka menutupi wajah mereka dengan jilbab daripada kepala mereka. Mereka dapat menampakkan satu mata saja."
(Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan bahawa perawi riwayat ini dari Ibnu Abbas adalah Ali bin Abi Thalhah yang tidak mendengar dari ibnu Abbas. Lihat Jami' Ahkamin Nisa IV/513)                               Kemudian diriwayatkan Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu berkata,
"Wanita itu menghulurkan jilbabnya ke wajahnya, tetapi tidak menutupinya." 
(juga Riwayat Abu Dawud, Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan: Hasan Shahih. Lihat Jami' Ahkamin Nisa IV/514)
Abu 'Ubaidah As-Salmani dan lainnya mempraktikkan cara menghulurkan jilbab itu dengan selendangnya, iaitu menjadikannya sebagai kerudung, lalu dia menutupi hidung dan matanya sebelah kiri, dan menampakkan matanya sebelah kanan. Lalu dia menghulurkan selendangnya dari atas (kepala) sehingga dekat ke alisnya, atau di atas alis. (Riwayat Ibnu Jarir, dishahihkan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/513)
As-Suyuthi berkata,
"Ayat hijab ini berlaku bagi seluruh wanita, di dalam ayat ini terdapat dalil kewajipan menutup kepala dan wajah bagi wanita."
(Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 51, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah)        Perintah menghulurkan jilbab ini meliputi menutup wajah berdasarkan beberapa dalil:

1. Makna jilbab itu sendiri di dalam bahasa Arab adalah: Pakaian yang luas yang menutupi seluruh badan. Sehingga seorang wanita wajib memakai jilbab itu pada pakaian luarnya daripada hujung kepalanya turun sampai menutupi wajahnya, segala perhiasannya dan seluruh badannya sampai menutupi kedua hujung kakinya.

2. Yang biasa nampak pada sebahagian wanita jahiliah adalah wajah mereka, lalu Allah perintahkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam serta isteri-isteri orang mukmin untuk menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka. Kata idna' (pada ayat tersebut يُدْنِينَ -ed) yang ditambahkan huruf (عَلَي) mengandungi makna menghulurkan dari atas. Maka jilbab itu diulurkan dari atas kepala menutupi wajah dan badan.

3. Menutupi wajah, baju, dan perhiasan dengan jilbab itulah yang difahami oleh wanita-wanita sahabat.

4. Dalam firman Allah: "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu", merupakan dalil kewajipan hijab dan menutup wajah bagi isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, tidak ada perselisihan dalam hal ini di antara kaum muslimin. Sedangkan dalam ayat ini isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam disebutkan bersama-sama dengan anak-anak perempuan beliau serta isteri-isteri orang mukmin. Ini bererti hukumnya mengenai seluruh wanita mukmin.

5. Dalam firman Allah: "Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu." Menutup wajah wanita merupakan tanda wanita baik-baik, dengan demikian tidak akan diganggu. Demikian juga jika wanita menutupi wajahnya, maka lelaki yang rakus tidak akan berkeinginan untuk membuka anggota tubuhnya yang lain. Maka membuka wajah bagi wanita merupakan sasaran gangguan dari lelaki nakal/jahat. Maka dengan menutupi wajahnya, seorang wanita tidak akan memikat dan menggoda lelaki sehingga dia tidak akan diganggu.

(Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 52-56, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah).


Alhamdulillah di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT terhadap seluruh muslimah di atas muka bumi ini kerana bilangan kamu semakin bertambah dan semakin berkembang.

Pembudayaan berpurdah semakin menjadi popular dewasa ini setelah pereka fesyen busana muslimah dengan rela hati mengambil purdah sebagai trademark terhadap rekaan fesyen mereka. Itu merupakan antara halnya yang berkaitan fesyen terkini akan tetapi apa yang penulis ingin kongsikan bersama bukanlah berkenaan fesyen berpurdah akan tetapi sejauh mana pengunaan purdah itu mampu menjadikan seseorang muslimah itu anggun dari segi imannya, akhlaknya dan perwatakannya sebagai srikandi Islam yang asli.

Apabila ditanya " Kenapa berpurdah?" kepada muslimah yang telah menggamalkan pemakaian purdah maka terdapatlah pelbagai jawapan yang kadangkala enak di dengar dan adakalanya berasa jelek dan tertanya-tanya dengan jawapan yang diberikan oleh penggamal purdah. Antara jawapan yang dapat dikongsi bersama adalah :

" Saya pakai purdah sebab tertarik dengan kawan-kawan yang pakai purdah."

 " Pakai purdah membuatkan saya lebih yakin diri untuk berhadapan dengan masyarakat."

 " Nampak cantiklah pakai purdah, sebab tu saya tertarik untuk berpurdah."

 " Benda nie susah nak ceritalah ustaz, maybe lebih kepada gerak hati kot."

" ... dah budaya sekeliling ramai yang berpurdah, so saya ikut jelah."

" Ramai kata lebih selamat dari gangguan lelaki kalau kita berpurdah."

 " Lebih muslimah sikit kalau berpurdah ustaz."

Walau apa pun jawapan yang terpacul dari mulut muslimah yang berpurdah ianya tidak menjadi masalah kerana mereka telah pun berjaya mempamerkan kelainan dan perbezaan di antara wanita muslimah dan wanita kebanyakkan lainnya. Tahniah diucapkan kepada seluruh muslimah yang berpurdah dan bersyukurlah kerana anda berjaya membawa perwatakan muslimah yang lebih jitu di dalam kehidupan seharian anda.

Cumanya ada beberapa perkara yang penulis ingin titik beratkan kepada seluruh muslimah yang berpurdah, ianya berkaitan niat anda dalam pemakaian purdah. Niat yang berlegar dihati setiap manusia tidak akan dapat diketahui sepenuhnya oleh makhluk dan ianya hanya terletak di bawah pengetahuan Tuan kepada makhluk iaitu Allah Azzawajalla.

Apabila menyebut perkataan NIAT ini, penulis teringat dengan beberapa jawapan dari pemuda-pemuda amnya setelah diajukan persoalan " Agaknya mengapa wanita berpurdah? ", antaranya :

 " Sebab dia lawa la yang dia pakai purdah, takut muka dia yang cantik tu menjadi fitnah terhadap mata-mata lelaki yang memandang."

 " Muka tak lawa la tu. Lau pakai purdah nampak cun sikit yer dak ustaz, ke camne? ".

" Ikut-ikut member la tu. Balek mesia kang kompem tak pakai dah."

" Fesyen bos."

" Rasa best sangat la kot pakai purdah."

 " Lantak diorang la nak pakai purdah, bukan kaco hidup ku pon. Hak diorang, pedulikanlah."

Pedulikan apa sahaja kata pemuda-pemuda tentang diri anda yang berpurdah. Anda yang mengetahui apa yang terkandung di dalam hati anda. Cuma perlu diingatkan, memakai purdah bukan sekadar ikut-ikutan, ingin menutup kelemahan diri atau demi panggilan fesyen yang pastinya tidak akan berkesudahan.

Ikhlaskanlah hatimu Lillahi Ta'ala agar pengamalanmu boleh dikira pahala di sisi Allah dan moga-moga dengan niat yang ikhlas itu kelak mampu untuk menuntun dirimu ke syurga. Maka bagi pemakai purdah yang sebelum ini tersasar jauh dari niat yang ikhlas Lillahi Ta'ala mari bersama perbaharui niat yang lama kepada niat yang baru

" Sungguh aku memakai purdah ini semata-mata mengharap redha Allah SWT kerana aku ingin mendekatkan diri kepadaNya."

Setelah niat diperbaharui perlu ada beberapa lagi ciri yang perlu anda penuhi bagi mencapai tingkat sebenar sebagai seorang pemakai purdah, antaranya :

1. Santun dan tegas dalam berbicara.

2. Tidak melirikkan mata dalam apa jua keadaan.

3. Jangan tabarruj dalam menghiasi mata.

4. Merasakan diri masih banyak kekurangan.

5. Menghindar body language.

6. Lebih ramah sesama wanita lain.

7. Hindar sifat merasa diri mulia.

8. Menggelak dari menutur kalam lagha / berjidal.

9. Mengorbankan diri dalam dakwah dengan lebih konsisten.

10. Berakhlak dengan akhlak sebenar seorang muslimah.


Begitulah di antara beberapa ciri yang boleh dijadikan panduan kepada pemakai purdah. Apabila anda telah menyarungkan purdah ke muka anda maka bertimpa-timpalah bebanan kerja yang wajib anda pikul dengan berhati-hati agar ianya tidak bertaburan dan keciciran. Dan yang paling penting agar ianya tidak menjadi fitnah ke atas Islam itu sendiri.

Sekiranya anda tertinggal salah satu di antara ciri-ciri yang penulis sebutkan tadi maka boleh dikatakan secara automatiknya anda tidak lagi bergelar srikandi yang membawa imej Islam akan tetapi anda akan bertukar menjadi virus perosak kepada imej Islam yang mulia.

Semoga apa yang diperkatakan penulis ini dipandang sebagai satu perkongsian dan moga-moga ianya tidak dianggap ancaman oleh seluruh warga muslimah yang berpurdah. Semoga anda yang berpurdah berjaya menyelami hakikat kemanisan iman dan juga berjaya menggapai tingkat cinta dan sayangkan Allah serta Rasulullah SAW.

-THE END-
 papai,,
wassalam,,

sekian,





OH My EaRs !!!!

hye sume ~~
argggggghhhhhhhh !!!!!!!!!
sangat sakit telinga nih !!!
abah ajak gi klinik and ak gi ! dah masuk bilik tuh .. memang xleh cakap arr.. nervous giler ! 
then sorang doktor praktikal dy pi amek something untuk tgk dalam telinga ak nih ! dah arr bende tu besar... 
ak rse nk jerit tapi ak tahan lu ! pastu doctor masukkan 'bende' tu dalam telinga ak ! pastu dia pusing-pusingkan pulak !!! adoih dah lah sakit memang bertambah sakit arr ! lepas sahaja dari dia masukkan 'bende' tuh,, dy inform kat ak and ayah ak... doctor tu cakap there's nothing... dinding telinga ak just merah ..  nasib baek x bengkak ke pape ! keluar je dari bilik tu aku adu kat ayah ak saket giler telinga nih ! naseb baek lama-lama x saket sangat ! lepas amek ubat ak tros balek... malam tu ak letak ubat telinga memang xleh berdiri arr.. klo berdiri jer mesti meleleh ! mau sakit leher ak asyik kene teleng jer ! hahahah
okay tu jer daripada aku ! bye ~ aku nk letak ubat telinga... 
- THE END -
papai ,,
wassalam,,

sekian,,

diNNEr SMKSP !!

hye korang!!
ape kaba?? sehat?? ALHAMDULILLAH!!
okayh.. ary ni ak nk cite pasal DINNER SMKSP....
sangat best....
soo,,,
shall we start now?
okay,, pada hari Jumaat iaitu pada 2 november 2012,, asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu dah buat Majlis Gemerlapan SEBESTARI yang bertemakan (black+purple)
kitorang bertolak pada pukul 5 (something) petang..
sepatutnya kitorang naek satu bus tu form 1 sahaja.. but,,, bus form 5 banyak kosong so ak dan beberapa orang lagi form 1 terpaksalah naek bus form 5...
okay.. happy to say.. bus kitorang bus pertama yang smpi....
bile dah smpi..
first,, kitorang cari meja kitorang yang bernama FRESHIE 1

ni antara ahli dia.. hahahah

then kitorang gi solat... after solat,, kitorang masuk balik dalam hall tu..
first ade ucapan daripada En. Sajoli (pengetua) dan diikuti oleh ucapan daripada Pn. Patifah...
koruang tau x??
kitorang sangat lapar tym tuh ! dan sangat x sabar untuk makan... pergh sangat geram bila ucapan mereka panjang berjla-jela !

waktu makan sudah pon tiba ! kitorang ape lagi memang ambik makanan macam kat DM lak !
sementara itu, video daripada form 5 ditanyangkan... then, form 4, form 5 aspuri and form 3 ! 

pastu ade cabutan bertuah ! 
aku bertuah tau ! tengok nih !

ni gambar after ak amek hadiah..
nk tau dalam tu ade per?
PENDRIVE 8 GB tuh !
tapi ade jer yg dapat handphone, headset, MP4 pon ade...
memang best..
lepas cabutan bertuah tuh majlis pon tamat!! 
kitorang pon ape lagi??! bergambar aaaa
okay,,
this is the end...
papai....
wassalam,,

sekian ,,,

aBout My ClaSS

hye sume~!
haa.....
ni pon ak nk minx maaf bub dah akhir taun + abes skolah baru nk update kan??
okay,,
ary ni ak nk cite pasal my class... what class is it??
IT IS 1 AL-RAZI..

first ak bagi carta organisasi yg x macam carta organisasi.. heheh..

  • Muhamad Qamel b. Ramli (our class monitor
  • Ailin Nabila bt. Jamal Sharif  (the first penolong ketua kelas)
  • Muhammad Hassan b. M. Ashhuri  (the other penolong ketua kelas)
  • Shamimi bt. Madzlan  (i am the secretary)
  • Darin Nur Adleen bt. Rosalizi  (bendahari yang suka mintak hutang)
  • Luqmanul Hakim b. Mohd Fauzi  (ketua kebersihan)
  • Muhamad Haziq b. Suhaimi  (pen. ketua kebersihan)
  • Zaid Najmuddin b. Zul Akmal (ketua keceriaan)
  • Khairil Mukmin b. Zulkifle (penolong ketua keceriaan)
  • Nur Ilyani bt. Rosli  (AJK keceriaan)
  • Nurul Asyiqin bt. Abd Rashid  (AJK keceriaan
  • Siti Nafisah Thahirah bt. Azni  (AJK keceriaan)
time for picture!! 

we'll start from boy kay??


(dari kanan bawah) hassan, haziq, luqman (yang tgh mendongak) , muiz, zaid
(dari kanan bawah) amirul syafiq, our class teacher,, qamel

tyme ni 4 orang xde... its okay.. ni gambar dorang!



ni name dy Hafiz,,, (innocent boy) huh!


ni name dy,, Mukmin.,, (PA boy) 


ni Ikmal (blushing boy)


ni Arasy ( gelaran dy GOBLIN)

enough for boy....

this tyme for GIRLS!!



(dari kanan atas) Ummu, Amar, aku, Ilyani, Aina Natasha, Hanis BF, Umairah, Aina Sofia
(dari kanan bawah) Asyiqin, Darin, our class teacher!! ,, Mimi Farhana...

tym nih 2 orang xde... iaitu... jeng. jeng jeng...


our assistant monitor... Ailin Nabila

and the other one is...


nme dy Nafisah.. dy yang sebelah kiri...
dy xde bub dy tolong tangkap gambar...
heheh tq naf...

okay... 
this is the end....
korang tau ape yang ak harap?? 
aku harap kite sume still satu kelas tau depan...
and ak hope kite sume x bergaduh dah.. heheheh..
itu je daripada ak... hope korang enjoy!!
bye~!
wasallam,,

sekian,,






my lOveLy DoRm ~~!

Assalamualaikum sume~

ary ni sha nk cite pasal dorm sha... sorry sangat bub dah akhir taun baru nk cerita an??
this is my first dorm... what dorm is it???!
it is DORM ZAINAB...

okey first,, sha nk tunjuk kat korunk ahli dorm sha,,, but x cukup 4 orang.. sorry bebanyak kay??

this my KETUA DORM (KD)


her name is DALILAH
kay.. my KD yang tengah tengah tuh!! 
ALISYA,, do u remember what u said??
KD for k. Dalilah.. hahahha.. our KD is a kind-heart girl~~ 
luv u KD

sha minx maaf bebanyak... 
TIMBALAN KETUA DORM (TKD) sha,,
x dapat gmbr dy.. sowwy
her name is.. AWATIF 

soo,,,
skunk ni tyme for ZAINAB's MEMBER...


(dari kanan atas),, ADIBAH, K.FARHANA, ALISYA (yg tgh-tgh tuh), K. AIZA, K.ANIS, K.JIDAH
(dari kanan bawah),, K.WIDAD, our KD (K.DALILAH),, and lastly,, ITS ME...

nih baru 9 owang...
ade lagi... start from form 5 kay??


this is K. KITA ( K. AINA SYA)
and,,

this is KAK HUSNA,, (yang kat tudung dia ade sepit tuh)

she is new member... neomu neomu gwiyeobda!! 

soooooooooo sorry!!!!!!

sha x dapat gambar sorang lagi member form 5...
she is K.AZALINA,,
MIANHAE~!

MEMBER OF FORM 4??
dua-dua sha x dapat gambar dorang,...
they are,, my TKD K.AWATIF
and,, K.HAJAR


MEMBER OF FORM 3.....


this is K.NISHA...
she is funny girl that i've ever seen.. ahhahahahah


this is K.NUHA,,, (yg pakai baju pink tuh)
dy seorang yang pandai melukis...




this one is K.AISYAH...
she is the happy girl in our dorm....


the new member of form 3 in our dorm,,
K.MAAM... she is friendly senior...


MEMBER OF FORM 2

sorang jer yang xde dlm gmbr rmi2 tuh...

she is,,,

K.IMAN,,,,
always smile....

MEMBER OF FORM 1...

sorang je xde... and gambar dy pon x dapat..
nama dy HADIRAH...

okeyh??? aguane?? best???

so this is the end...
pape pown,,, saya SHAMIMI sayang korunk sume... paling xleh lupe korunk prank kite waktu bday kite... sentiasa terpahat di dalam haty ini...

okey... papai... hope korunk enjoy with this story!!!~

luv u all!!

wassalam.,,

sekian ,,







AKu nAEk pAngkAt

okey,, hye sume ~ ~rasenyer sgt lawak klo ak ckp aku naek pangkat... hahahhahahahha tapi..
aku tukarkan itu kepada ayat = AKU DAH DAPAT TITLE ~!
hahahah rsenyer sangat lawak...

So,,,
korang nk tau ak dpt title per??  ak dah dapat title maksu .. yer~ memang ak rse sume x suke dpt pangkat 'mak-mak' ni kan?? bubb rse korang dah tue?? hahahah.. ye mmg btol.. tapi bagi ak TAK ! bub dahlah ak kan anak bongsu,, xde adek,, so ak rse happy bile dah ade budax kecik dalam family nih!!

Pada ary ahad bersamaan 4/11 kol 1.70 pagi,, Muhammad Al-Anas b. Mohd Aswad selamat lahir ke dunia... tau x?? sepatutnyer due kakak ipaq aku 26/10 jauh x beza dia?? 9 ary koet... tapi ALHAMDULILLAH,, ibu dan anak telah pun selamat... Betapa happy nyer ak bile ak tau kakak ipaq ak bersalin... YA ALLAH...

nk tengok anak buah ak x???

jap erk...
MUHAMMAD AL-ANAS BIN MOHD ASWAD

comel x?? tym ni dy baru sehari x ?? hehe ^_^
jap eaa !!


comey x ???
hehe.. yeay !! minggu depan family depa mai.. leh main ngan budak kecik kuat kentut & kerut..
haha !!


 itu je story ak about this~
*sorry klo terkasar bahasa erk...*

papai.,,
wasallam,,

sekian,,



Importance Of Surah Al-Kahfi~

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.
 Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:
Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]


Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

ABOUT COUPLE

assalamualaikum semua yang membaca blog mimi....
hari ni saya nak cakap pasal hukum couple...
mimi ade baca satu buku yang bertajuk TENTANG CINTA.. yang ditulis oleh PAHROL MOHD JUOI..
buku ni memang best... belilah utk mendapat keterangan lanjut pasal cinta.. harga kat buku nih RM27..

okay!!!
mimi rase mesti bagi korang couple haram... ya... tapi ada lagi satu... nak couple boleh tapi tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH.... yang menjadi haramnya apabila orang yang bercouple tu melanggar peraturan yang ditetapkan oleh ALLAH ... seperti contoh kalau traffic light warna kuning mesti bersedia untuk berhenti kan?? tapi ada yang amek kesempatan untuk melepasi lampu merah... maknanya di sini klo dah boleh ber'couple' mesti majornye amek kesempatan utk berpegang tgn dgn si dia, berdua-duaan dgn si dia kan?? yang mengikut peraturan ALLAH adalah minoriti nyer...

CINTA YANG ABADI HANYA ADA DI DALAM SYURGA.

cinta itu datang daripada  ALLAH diberikan kepada manusia sbgi bekal utk mendapat kecintaan ALLAH...hanya ALLAH yg berhak menerima cinta kerana hanya DIA yg mempunyai segala sbb untuk dicintai...

KETAHUILAH WAHAI MUSLIMIN DAN MUSLIMAT...

cinta itu fitrah... jgn smpikan ia menjadi fitnah.... memang kita x boleh menolak fitrah itu...  

ITU SAHAJA DARIPADA MIMI... KLO ADE CERITA LG MIMI KONGSI...
ASSALAMUALAIKUM...

SINCERELY ,

MIMI

^___^

holaaaa